LATIHAN IMBUHAN
Pilih jawapan yang betul.
LATIHAN
Cuaca pada hari ini sangat panas. Rubia bertambah risau dan keingatnya tidak berhenti-henti ___(1)___. Sudah sejam dia ___(2)___ Liza, tetapi bayang Liza tidak juga ___(3)___. Pada hal mereka telah berjanji untuk pergi ke pameran ____(4) bersama-sama. Karya rakan mereka, Shusan telah terpilih dalam pameran kali ini. Mereka mahu ___(5)___ sokongan moral kepada Shusan, seorang pelukis muda. ___(6)___ pula, mereka berasa bangga mempunyai seorang teman yang berbakat.
1 a) aliran b) beraliran c) mengalir d) pengalir
2 a) bertunggu b) menunggu c) penunggu d) tertunggu
3 a) kelihatan b) melihat c) penglihatan d) terlihat
4 a) dilukis b) lukisan c) melukiskan d) terlukis
5 a) diberikan b) memberikan c) memberi d) pemberian
6 a) bertambah b) ditambah c) menambahkan d) Tambahan
JAWAPAN:
1 c 2 b 3 a 4 b 5 b 6 d
frog frog
Isnin, 19 November 2012
TEKNIK MEMBINA AYAT (BAHAGIAN A)
PERTAMA
Watak
|
Buat apa / aktiviti
|
1. Sabin
2. Yen Teng
3. Abang saya
4. Cikgu Azizah
5. Dua orang perempuan
|
1. menyusun kerusi
2. mengelap tingkap
3. bermain badminton
4. bersiar-siar
5. bermain catur
|
KEDUA
Watak
|
Buat apa / aktiviti
|
Keterangan / di mana
|
1. Nenek saya
2. Anggota pengakap
3. Seorang pelajar
4. Tukang kasut
|
1. berbual-bual
2. berkhemah
3. memimpin tangan
4. membaiki kasut
|
1. di halaman rumah
2. di dalam hutan
3. menaiki bas
4. supaya kelihatan cantik
|
KETIGA
Watak
|
Keterangan
|
Buat
apa / aktiviti
|
Keterangan
/ di mana
|
1. Perempuan
2. Ayah
3. Seorang
murid
4. Murid
perempuan |
1. berambut pendek
2. menggunakan
penyiram bunga
3. bercermin mata
4. tinggi lampai
|
1.menyalakan api
2. menyiram bunga
3. membaca buku
cerita
4. menyapu lantai
|
1. untuk memasak
makanan
2. di halaman rumah
3. sambil duduk di atas sofa
4. supaya kelihatan
bersih
|
Sabtu, 10 November 2012
Khamis, 8 November 2012
LATIHAN
LATIHAN KATA SENDI NAMA
(A) Isikan
tempat kosong dengan kata sendi nama.
(dari, daripada, di, sejak, untuk)
1. Saya
menunggu Jushua __________ pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi.
2. Ibu sentiasa memastikan kami membuat
kerja-kerja sekolah dengan sempurna
__________ kebaikan masa
hadapan kami.
3. _________ pagi tadi, Meng Hin asyik termenung sahaja.
4 Saya menerima sepucuk surat _____________ kakak yang berada di luar negara.
5. Pasu bunga yang unik itu dihadiahkan oleh
murid-murid tahun 5 khas
____________ guru besar yang akan bersara.
6. Dia menunggu kakaknya ___________
hadapan perpustakaan.
7. Beg itu diperbuat _____________
kulit binatang.
8. Gamat
berasal ___________ Kuantan.
9. Majlis rumah terbuka itu diadakan ____________
Dataran Merdeka.
10. Mereka
tinggal di sini ___________ tahun lepas.
11. Mei Fong menjalankan latihan bola tamper ___________
pagi hingga tengah hari.
12. Yok Man berasa amat susah hati kerana dia
tidak mempunyai wang _________ membeli ubat.
13. Terdapat pelbagai jenis bunga raya __________
Taman Bunga Raya.
14. San San menerima sijil ___________
guru Zakaria.
15. Saya anak sulung ___________
tujuh orang adik-beradik.
(B) Bina
ayat
1. dari
____________________________________________________________________________________________________________________________________
2. daripada
____________________________________________________________________________________________________________________________________
3. di
____________________________________________________________________________________________________________________________________
4. sejak
____________________________________________________________________________________________________________________________________
13. Terdapat pelbagai jenis bunga raya __________
Taman Bunga Raya.
Selasa, 6 November 2012
PAKAIAN TRADISI KAUM DI MALAYSIA
Pakaian Tradisi Melayu
Disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai kaum maka setiap kaum
mempunyai pakaian tradisi masing-masing. Terdapat pakaian yang berkait
rapat dengan dogma agama terutama sekali pakaian orang Melayu.
Orang Melayu terdapat di pelbagai negeri yang setiap negeri
memaparkan pakaian tradisi yang berbeza. Namun secara amnya seluruh
orang Melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi. Cuma reka
bentuk atau potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.
Selain itu baju kebaya dan kebarung (gabungan baju kurung dan kebaya)
juga menjadi pilihan masyarakat Melayu Malaysia.
Baju Melayu kebiasaan
Baju Melayu kebiasaan
Pakaian Tradisi Cina
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera.
Wanita memakai potongan Baju Shanghai yang lebih moden berkolar tinggi lengan besar dan skirt labuh dari kain satin bersulam. Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan kesejahteraan.Lelaki memilih Samfoo putih polos satin dan bertopi. Wanita menggayakan Cheongsam moden dari sutera Cina berwarna hijau yang dikenali juga sebagai baju Hong Kong.
Pakaian Tradisi India
Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya
pemakaian dari benua India khususnya dalam kalangan Hindu-Sri
Lanka-Tamil juga keturunan Punjabi-Sikh. Pakaian kaum India lebih
dikenali dengan warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang
emas, perak, labuci juga batu-batu permata.
Pada hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan
turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli
ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh ‘Ihenga’ juga dipadankan
dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau
kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar
dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.
Isnin, 5 November 2012
Langgan:
Catatan (Atom)