frog frog

Selasa, 6 November 2012

PAKAIAN TRADISI KAUM DI MALAYSIA

Pakaian Tradisi Melayu

     Disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai kaum maka setiap kaum mempunyai pakaian tradisi masing-masing. Terdapat pakaian yang berkait rapat dengan dogma agama terutama sekali pakaian orang Melayu.
Orang Melayu terdapat di pelbagai negeri yang setiap negeri memaparkan pakaian tradisi yang berbeza. Namun secara amnya seluruh orang Melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi. Cuma reka bentuk atau potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri. Selain itu baju kebaya dan kebarung (gabungan baju kurung dan kebaya) juga menjadi pilihan masyarakat Melayu Malaysia. 

      

Baju Melayu kebiasaan 

 

 

Baju Melayu kebiasaan

 

Pakaian Tradisi Cina

     Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera.

     Wanita memakai potongan Baju Shanghai yang lebih moden berkolar tinggi lengan besar dan skirt labuh dari kain satin bersulam. Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan kesejahteraan.Lelaki memilih Samfoo putih polos satin dan bertopi. Wanita menggayakan Cheongsam moden dari sutera Cina berwarna hijau yang dikenali juga sebagai baju Hong Kong.

 

 

Pakaian Tradisi India

      Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya dalam kalangan Hindu-Sri Lanka-Tamil juga keturunan Punjabi-Sikh. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.
     Pada hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh ‘Ihenga’ juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan